Wednesday, 23 October 2013

Khidmat jahitan lace dan manik

Layari facebook Izati scarf n busana

assalamualaikum...
Kini zati sediakan khidmat JAHITAN LACE DAN MANIK untuk busana. anda boleh menghantar baju kosong untuk dihiasi!...harganya sangat berpatutan dan hasilnya sangat cantik!!

Ada beberapa pakej..
PAKEJ A - RM 100 + ( if add set shawl/veil , add rm100)
PAKEJ B - RM150 + ( if add set shawl/veil , add rm100)
PAKEJ C - RM250 + ( if add set shawl/veil , add rm100)
PAKEJ D - RM350 + ( if add set shawl/veil , add rm100)
PAKEJ E - RM450 + ( if add set shawl/veil , add rm100)

zati skarang sdang dlm proses utk menyiapkan design lace n manik bg setiap pakej...nantikan design yg terbaik dr zati yea!...zati akn upload gmbrnyeee...nantikan...insyaallah...



 

Monday, 7 October 2013

KOLEKSI 5 tudung/veil pengantin

ASSALAMUALAIKUM..

Kami sediakan koleksi 5 tudung/veil pengantin yang sangat cantik! Kami menyediakan khidmat sewa dan juga menerima tempahan mengikut permintaan dan citarasa anda.

SELAMAT MELAYARI KOLEKSI ANGGUN TUDUNG/ VEIL PENGANTIN YANG TERSEDIA!!

VEIL PENGANTIN ( KOD IS A2 )
STATUS- untuk disewa dan tempah
HARGA SEWA- RM70
HARGA TEMPAH- RM130
LOKASI IZATI SCARF - kota bharu dan tanah merah kelantan



VEIL PENGANTIN ( KOD IS A3 )
STATUS- untuk disewa dan tempah
HARGA SEWA- RM50
HARGA TEMPAH- RM100
LOKASI IZATI SCARF - kota bharu dan tanah merah kelantan


VEIL PENGANTIN ( KOD IS A5 )
STATUS- untuk disewa dan tempah
HARGA SEWA- RM40
HARGA TEMPAH- RM80
LOKASI IZATI SCARF - kota bharu dan tanah merah kelantan

KOLEKSI 4 SHAWL AZZAHRA

Dapatkannya kerana gaya labuci dan maniknya yg cantik akan memberi inspirasi anggun kpd si pemakai.....

PRICE - RM55 (EXCLUDE POS)
MATERIAL - CHIFFON N MANIK/LABUCI
BENTUK - HALF MOON SHAWL

azzahra 01



azzahra 02




azzahra 03

KOLEKSI 3 Tudung nurwafa pelangi

Anda pastinya akan berpuas hati kerana tudung nurwafa sangat cantik bila dipakai!!
 ANDA AKAN BERPUAS HATI APABILA MEMILIKINYA!! 
 PRICE : RM 60 (exclude pos)
MATERIAL : chiffon berkualiti dan awning cantik terbentuk
HARGA BORONG : PM me n dapatkannya dgn harga sgt murah!!

KOD IS94



KOD IS97



 

KOLEKSI 2 Tudung nurwafa (plain)

Anda pastinya akan berpuas hati kerana tudung nurwafa sangat cantik bila dipakai!! 
ANDA AKAN BERPUAS HATI APABILA MEMILIKINYA!!!
PRICE : RM 60 (exclude pos)
MATERIAL : chiffon berkualiti dan awning cantik terbentuk
HARGA BORONG : PM me n dapatkannya dgn harga sgt murah!!!
 KOD IS 68



KOD IS 69




KOD IS 612
  

KOD IS 615





KOD IS 617




KOD IS 621




KOD IS 624
 

Sunday, 6 October 2013

Gaya pemakaian veil dan tudung pengantin

Assalamualaikum..terutamanya kpd bakal pengantin di luar sana..

Di sini, zati nak berkongsi beberapa tips pemilihan GAYA PEMAKAIAN veil/tdg pengantin memandangkan masih ramai lagi yang konfius, tidak pasti, tidak tahu untuk memilih.
Diingatkan bahawa,,pemilihan tudung dan veil yg sesuai  " amat" dan " sangat" mainkan peranan penting dalam menambahkan seri pengantin!!! Zati nasihatkan spya jgn tersalah pilih atau tersalah dlm mncari tdg pengantin yea,,,kerna ia akan memberi kesan yg kurang menarik pd seri wajah pengantin...


Tudung pengantin yg berawning
Kebiasaannya..tudung yg berawning sesuai utk semua bntuk wajah samada bujur atau bulat. Jika pengantin yg mempunyai bntuk wajah bulat dan tembam, pemakaian tdg yg berawning akn dpt mnyembunyikan pipi yg tembam itu... :)

 Gaya yg dikenakan raja farah nie,tudung awning yg kosong dan dihiasi dengan veil lace.

Seperti yg dipakai farah af ni pula, tdg awningnya dihiasi dengan manik/ labuci supaya nampak berseri di bahagian depan. Cantik!
Selendang yg melekat di dahi
Zati paling suka gaya yg ini! sesuai utk wajah bulat dan bujur. Sesetengah pengantin yg berwajah bulat tidak berani utk mencuba gaya ini kerana merasakan wajahnya menjadi semakin bulat! Sebenarnya, gaya ini sesuai juga untuk yg berwajah bulat , terutamanya jika selendang itu dijahit dengan lace/ manik di depannya. Rekaan lace itu akan menyembunyikan wajahnya yg bulat. Cantik kan!


Ada juga pengantin yg lebih suka pakai selendang yg kosong sahaja. Veil yg lebat dgn rekaan lace biasanya akan dipasangkan dengan selendang yg kosong ini.

 Selendang dengan hard lace (tidak melekat di dahi)
Gaya ini pn sangat cantik. Pengantin memakai selendang yg dijahit dgn hard lace akan membuatkan ia cantik terbentuk di dahi atau wajah dan mengikut bentuk muka pengantin. Ia akan bertambah cantik dan berseri jika veil yg dikenakan pula adalah lebat dengan rekaan lace. wow! Ia sesuai utk wajah bulat atau bujur.


Veil yg terus dipakai ke depan untuk menggantikan tudung
Kebiasaannya, veil yg dipakai ke depan adalah dari jenis veil yg lebat dgn corak dan lace. Manakala inner di sebelah dalamnya adalah dr jenis selendang atau inner neck.Tapi pastikan menutup bahagian leher yea! Gaya ini sesuai utk wajah bulat atau bujur. Pastikan veil yg dipakai itu adalah dari jenis fabrik yg lembut. Jika ia dari fabrik yg keras, veil akan mengeras dan menggerbang di bahagian bahu, akan nmpak tidak cantik!
 

 Tudung bawal pengantin
Gaya ini sesuai untuk wajah bulat atau bujur. Kebiasaannya, pengantin yg memakai tudung bawal yg kosong akan mengenakan veil yg sarat dgn lace/manik supaya tampak anggun dan berseri. Dan bagi pengantin yg inginkan gaya yg simple, mereka mengenakan tdg bawal kosong dan veil yg ada rekaan lace yg simple. Ia bergantung kpd citarasa pengantin.


Turban pengantin
Gaya ini sesuai dan cantik dipakai dengan mengenakan aksesori brooch di hadapannya supaya ia tidak nampak terlalu kosong.

Purdah pengantin
Satu lagi gaya yg cantik! sesuai digayakan apabila pengantin mengenakan tema ala ala arabic wedding.