Izati Scarf N Busana
ONLINE BOUTIQUE Menjual tudung terkini, mengambil tempahan/khidmat sewa tudung pengantin, jahitan lace
Tuesday, 1 April 2014
7 Rahsia perkahwinan dari sudut pandangan Dato' Ismail Kamus
Perkahwinan… Siapa di sini yang tidak mahu kahwin?
Sudah semestinya semua orang ingin berkahwin. Mempunyai seorang isteri atau suami, mempunyai anak-anak yang ramai, dan hidup bahagia bersama keluarga yang dibina.
Di dalam perkahwinan terdapat rahsianya yang tersendiri. Ianya terdiri daripada 7 rahsia utama yang dikongsikan oleh Dato’ Ismail Kamus, seorang perunding motivasi dan penceramah bebas serta seorang pengamal perubatan Islam.
Di sini, kami sampaikan kepada anda 7 rahsia utama dalam perkahwinan:
1. Sunah para nabi dan rasul
dianggap sebagai salah satu daripada sunah para nabi dan rasul. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Demi sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutus beberapa rasul sebelum kamu dan Kami menjadikan untuk mereka isteri-isteri dan keturunan.” (Surah Al-Ra’d: 38)
2. Zuriat keturunan
Kurniaan nikmat Allah kepada hamba-hambaNya agar menerusi perkahwinan akan lahir pula zuriat keturunan yang beriman dan bertakwa yang akan memakmurkan bumi Allah SWT.
3. Suatu ibadah
dianggap sebagai suatu ibadah yang dapat menyempurnakan setengah daripada agama seseorang, dengannya dia dapat bertemu Allah dalam keadaan suci dan diredai. Al-Baihaqi r.a. meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW bermaksud:
“Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi.”
4. Bertanggungjawab
Galakan nikah kahwin meliputi semua lapisan masyarakat termasuk yang miskin. Islam ingin mengikis rasa takut, tidak mampu memikul tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak kerana Allah menjamin rezeki mereka.
Ini diperkuat oleh hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan kerana takut kemiskinan maka ia bukanlah daripada golonganku.”
5. Memelihara maruah
Sebaik-baik jalan untuk memelihara maruah kesopanan diri seseorang ialah melalui perkahwinan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu berumah tangga, hendaklah ia berkahwin, kerana dengan berbuat demikian dapat menundukkan penglihatan dan memelihara kehormatannya. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa, justeru puasa itu dapat mengekang keinginan batiniah (nafsu syahwat).”
6. Menyuburkan perasaan keibubapaan
Dapat menyuburkan perasaan keibubapaan dalam memberi perlindungan, pendidikan dan kesejahteraan kepada anak-anak.
7. Disiplin rumah tangga
Melalui perkahwinan wujud disiplin rumah tangga melalui pengagihan tugas suami isteri, ubu dan bapa yang membawa kepada disiplin dan kesejahteraan keluarga serta
TIPS MEMILIH PELAMIN
PERKONGSIAN INI DIAMBIL DARI http://tipskahwin.com/2008/09/tips-memilih-pelamin.htm
Ramai yang mengimpikan hari persandingan mereka penuh gemilang dan menarik. Antara faktor utama yang menjadi penyeri ketika hari bersanding adalah pelamin. Pelamin merupakan suatu simblik di mana pasangan yang sudah diijabkabulkan dipamerkan kepada khalayak untuk direstu oleh sanak saudara serta kawan rapat. Pelamin yang indah pasti menjadi bualan serta ikutan bagi yang bakal mendirikan mahligai pula.Mari kita lihat faktor penting memilih pelamin yang sesuai;
1. Ruang – pastikan ruang bersanding adalah sesuai dengan saiz pelamin yg dikehendaki. Platform serta hiasan latar perlu sesuai untuk mengelakkan pelamin kelihatan ‘sempit’
2. Hiasan – jika kawasan letak pelamin sempit, elakkan daripada memasukkan elemen2 yang terlalu banyak seperti pahar bunga telur yang banyak, hiasan2 bunga, ini akan menyebabkan pelamin nampak berserabut.
3. Cahaya – sudah tentu faktor ini amat penting kerana di pelaminlah anda dan pasangan akan berposing sakan bersama keluarga untuk gambar kenangan. pastikan kawasan pelamin menerima cahaya yang mencukupi untuk memudahkan kerja photographer, jika tidak dapatkan bantuan pembuat pelamin untuk menambah lampu yang bersesuaian.

Panduan pada hari perkahwinan
PERKONGSIAN INI DIAMBIL DARI Tips persiapan majlis perkahwinan
Setelah segala persiapan majlis perkahwinan selesai, kini tibalah hari majlis perkahwinan anda. Pada hari inilah segala yang dirancang sebelumnya perlu dilaksanakan dan dipastikan berjalan lancar. Sudah semestinya anda sebagai pengantin tidak perlu melakukan semua tugas dan kerja, sebaliknya agih-agihkan kepada petugas-petugas yang telah anda lantik sebelum ini. Letakkan kepercayaan kepada mereka dalam mengendalikan majlis perkahwinan anda. Anda hanya perlu bertenang dan banyakkan memberi senyuman. Sepanjang majlis perkahwinan, anda mungkin akan melalui perkara-perkara yang berikut:

Di awal hari majlis perkahwinan
Sila bangun awal pagi. Hari ini adalah hari penting anda. Tunaikan solat dan mandi sunat supaya badan anda segar. Wangikan badan dengan aroma yang sesuai. Ini akan membantu 'mood' dan perasaan anda untuk menghadapi hari istimewa ini. Jangan abaikan sarapan pagi, bimbang nanti anda tidak selesa kerana perut memulas kelaparan. Periksa baju pengantin dan aksesori yang akan dipakai nanti, pastikan semua tersedia dan dalam keadaan baik. Bersolek dan tukar pakaian anda. Jika ada kesempatan, boleh bergambar secara solo atau dengan pasangan anda. Boleh juga jika ada saudara-mara yang ingin mencelah.

Semasa majlis akad pernikahan
Duduk dalam keadaan tenang dan selesa. Banyakkan berdoa dalam hati agar majlis berjalan lancar. Biasanya majlis akad pernikahan akan dimulakan dengan bacaan khutbah nikah oleh kadi. Dengar dengan teliti, jangan sampai tertidur! Untuk pengantin lelaki, usai akad nikah, bersalam-salaman dulu dengan kadi dan orang-orang di sekeliling anda sebelum menunaikan solat sunat syukur. Kemudian, berjumpa dengan pasangan untuk upacara membatalkan air sembahyang. Sarungkan cincin dan serahkan mas kahwin. Pengantin lelaki mungkin akan dipaksa mencium dahi pasangan, jadi pastikan anda boleh melakukannya dengan baik. Kemudian, bersalam-salamanlah dengan semua orang sebelum berarak ke tempat majlis perkahwinan.

Semasa majlis perkahwinan
Pastikan anda mengikuti segala acara yang telah dirancangkan. Layan tetamu yang datang dengan baik. Pastikan anda dan pasangan mengekalkan wajah yang berseri-seri sepanjang majlis walaupun kepenatan. Jangan hanya duduk di atas pelamin. Sebaliknya, turun dan beramah-mesra dengan tetamu. Ucapkan terima kasih atas kesudian menghadiri majlis perkahwinan anda. Bergaullah dengan seramai mungkin tetamu, jangan hanya menumpukan kepada rakan terdekat sahaja. Jika ada permintaan, jangan malu-malu untuk mengambil gambar bersama-sama tetamu.

Di akhir hari majlis perkahwinan
Majlis perkahwinan anda selesai juga akhirnya. Kini, anda bersama-sama dengan pasangan anda. Tunjukkan kasih sayang anda padanya, ambil berat akan semua keperluannya. Temani suami atau isteri anda untuk bergaul dan beramah-mesra dengan ahli keluarga anda. Pakailah pakaian yang sesuai. Gembirakan semua orang yang telah membantu untuk majlis perkahwinan anda. Apabila tiba waktu yang sesuai, ajaklah pasangan masuk ke bilik dan nikmati malam pertama anda sebaik-baiknya.

KOLEKSI 8 SHAWL RADHIA EKSKLUSIF
Kali ni Izati Scarf ada keluarkan SHAWL RADHIA EKSKLUSIF
Shawl ni sesuai utk dipakai di mana2 majlis sekalipun tidak kira akad nikah, kahwin, kenduri, dinner atau sebagainya.. sangat cantik dan menarik...
Di sini, zati paparkan beberapa warna yang telah dibuat...jika ada sesiapa yang nak menempah utk warna lain, boleh hubungi zati jugak tau...harganya murah dan sangat berbalo baloi sangat!! Hanya RM100 trmasuk pos dah tu..
Boleh kontak/whatsapp zati 0129455945... atau Izati Scarf
Gambar lace dan manik yang masih belum siap
assalamualaikum...
dah lama dah zati x update gambar jahitan dari Izati Scarf
Meh la zati nak share ckit gambar jahitan lace dan manik...tapi yang masih dalam proses dan belum siap..saje nak share
okeyyss,pada time ni, kalo rasa berminat utk menempah jahit lace dan manik, boleh contact zati ye... buka fb Izati Scarf atau Izati Scarf n Busana atau Jahit lace dan manik
Boleh juga call/sms/whatsapp zati 0129455945

TIPS PERBELANJAAN PERKAHWINAN
PERKONGSIAN INI DIAMBIL DARI http://sediakawin.blogspot.com/
Tips Kewangan: Perbelanjaan Perkahwinan
Sudahkah
anda menetapkan belanjawan untuk belanja perkahwinan anda? Jika belum
mungkin senarai di bawah dapat membantu anda menghitung berapakah
anggaran yang perlu disediakan untuk melangsungkan majlis perkahwinan
anda.
Bil
|
Perkara
|
Rendah
|
Pertengahan
|
Tinggi
|
1
|
Wang hantaran
|
(RM5,000)
|
(RM8,000)
|
(RM15K)
|
2
|
Barang hantaran
|
(RM 500)
|
(RM1,000)
|
(RM 5K)
|
3
|
Kad jemputan
|
(RM 50)
|
(RM 500)
|
(RM 2K)
|
4
|
Katering/gtg royg
|
(RM4,000)
|
(RM7,000)
|
(RM12K)
|
5
|
Kemah/kanopi
|
(RM 200)
|
(RM 500)
|
(RM 2K)
|
6
|
Pelamin
|
(RM 200)
|
(RM 500)
|
(RM 2K)
|
7
|
Baju pengantin
|
(RM 300)
|
(RM 600)
|
(RM 2K)
|
8
|
Mak andam
|
(RM 250)
|
(RM 500)
|
(RM 1K)
|
9
|
Jurugambar
|
-
|
(RM 500)
|
(RM 2K)
|
10
|
Hiasan bilik pengantin
|
(RM 250)
|
(RM 500)
|
(RM 2K)
|
11
|
Bunga telur
|
(RM 300)
|
(RM 500)
|
(RM 2K)
|
12
|
Kompang
|
-
|
(RM 200)
|
(RM 1K)
|
13
|
Sistem audio
|
(RM 100)
|
(RM 300)
|
(RM 1K)
|
14
|
DJ
|
-
|
(RM 200)
|
(RM 1K)
|
|
JUMLAH
|
(RM11000)
|
(RM 20,800)
|
(RM 50K)
|
Mungkin jika dicongak, anda akan membelanjakan belasan ribu ringgit atau mungkin melebihi 20
ribu ringgit. Adakah anda telah bersedia untuk perbelanjaan sebanyak
itu? Pandai-pandai la anda mengatur kewangan anda mengikut kemampuan
anda.
MEMAHAMI PERKAHWINAN
PERKONGSIAN INI DIAMBIL DARI http://sediakawin.blogspot.com/
Definisi
Perkahwinan menurut bahasa ialah berkumpul atau himpun. Perkahwinan menurut istilah Fiqh pula ialah suatu ikatan yang berlaku melalui akad yang menggunakan perkataan kahwin antara
pasangan lelaki dan pasangan perempuan bagi mengharuskan pergaulan
diantara mereka dan menghalalkan persetubuhan yang diharamkan diantara
mereka sebelumnya.
Dalam konteks lain, akad perkahwinan juga ialah suatu proses ikatan yang kukuh diantara lelaki dengan perempuan yang sah kahwin melalui akad perkahwinan untuk hidup bersama dan membolehkan perkara yang tidak halal sebelumnya diantara mereka. Akad perkahwinan juga
ialah ikatan perjanjian antara pasangan suami isteri untuk memikul
tanggungjawab dalam institusi keluarga dengan mempunyai beberapa rukun
dan syarat tertentu.
Rukun Nikah
Perkahwinan mempunyai rukun tertentu iaitu:
1. Lelaki bakal suami
2. Perempuan bakal isteri
3. Wali
4. Dua orang saksi
5. Ijab dan qabul
Pengantin
Pengantin ialah pasangan lelaki dan wanita yang ingin melangsungkan akad perkahwinan. Antara syarat bagi pengantin lelaki dan perempuan yang ingin melangsungkan perkahwinan ialah:
Syarat pengantin lelaki
Syarat pengantin lelaki adalah seperti berikut:
1. Pengantin lelaki yang ingin melangsungkan perkahwinan mestilah tidak di dalam mengerjakan ihram.
2. Perkahwinan diadakan dengan pilihannya sendiri.
3. Bukan muhrim kepada pengantin perempuan.
4. Lelaki yang belum mempunyai 4 orang isteri.
5. Mengetahui bakal wali dan isteri.
6. Jelas sebagai seorang lelaki.
Syarat Pengantin Perempuan
Antara syarat bakal pengantin perempuan ialah:
1. Pengantin perempuan tidak di dalam mengerjakan ihram.
2. Bukan isteri pada mana-mana lelaki.
3. Tidak dalam penantian ‘iddah.
4. Beragama Islam atau Ahli Kitab yang asli.
5. Perkahwinan adalah dengan kerelaan sendiri bagi gadis masih dara.
6. Jelas dan pasti sebagai seorang wanita.
7. Pengantin perempuan sudah ditentukan.
Wali
Wali ialah ahli keluaga lelaki yang hampir dengan pengantin perempuan.Wali adalah amat penting dalam satu akad perkahwinan, tanpa wali, perkahwinan itu tidak sah. Islam mensyatiatkan wali dalam akad perkahwinan kerana perempuan adalah golongan lemah dan mesti ada pengawasan oleh mereka yang bertanggungjawab terhadapnya.
Secara umumnya wali dapat dibahagikan kepada 2 jenis:
1. Wali mujbir. Iaitu bapa atau datuk daripada sebelah bapa hingga ke atas kepada seseorang gadis.
2. Wali bukan mujbir. Iaitu wali-wali selain daripada bapa dan datuk atau semua wali bagi janda.
Wali mujbir boleh mengahwinkan anak
perempuannya yang masih dara, baik yang sudah cukup umur atau belum
cukup umur tapa perlu meminta izin gadis tersebut. Walaupun begitu, perkahwinan yang dilangsungkan itu mestilah juga dengan syarat tertentu, iaitu:
1. Tidak ada permusuhan antara wali mujbir dengan gadis.
2. Gadis dengan lelaki yang akan dinikahinya juga tidak ada permusuhan.
3. Lelaki yang akan dinikahkan dengan perempuan itu ada kufu.
4. Pengantin lelaki sanggup membayar mas kahwin kepada gadis yang akan dikahwin.
Walau bagaimanapun bagi seorang gadis, wali mujbir adalah
disunatkan supaya meminta izin dan persetujuan daripada gadis terlebih
dahulu. Antara tanda yang menunjukkan gadis telah bersetuju sudah
memadai dengan diam atau dia tersenyum. Sekiranya wali tersebut bukan
wali mujbir, wali mestilah meminta izin terlebih dahulu daripada gadis.
Mana-mana perempuan yang sudah berkahwin atau janda, walinya samada mujbir atau bukan mujbir mestilah meminta izin daripadanya terlebih dahulu. Tanda keizinan seorang janda mestilah dengan kata-kata dan persetujuannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)