PERKONGSIAN INI DIAMBIL DARI http://sediakawin.blogspot.com/
Meminang ialah lamaran seorang lelaki terhadap seorang
perempuan untuk dijadikan isterinya.Dalam erti kata lain,meminang ialah
suatu proses untuk menyatakan keinginan daripada seorang lelaki kepada
seorang wanita yang boleh dikahwini dengan tujuan untuk mengahwininya
serta suatu ikatan atau perjanjian untuk dilangsungkan perkahwinan.
Walaupun
peminangan itu tidak wajib atau bukannya suatu akadperkahwinan yang
sah,namun perkara tersebut perlu diambil berat untuk menjaga hubungan
harmoni antara pasangan,keluarga dan hubungan kedua-dua belah
pihak.Dalam menyatakan peminangan terhadap wanita yang boleh dikahwini
dapat dilakukan dalam beberapa bentuk,iaitu:
1. Peminangan boleh dilakukan secara terus-terang atau melalui sindiran dan kiasan terhadap mana-mana wanita yang masih dara.
2.
Pinangan yang dibuat terhadap janda yang masih dalam ‘iddah boleh
dilakukan dengan cara sindiran sahaja.Sesiapa yang menyatakan pinangan
terhadap janda yang belum habis ‘iddah secara terus-terang atau dengan
membuat temujanji bersama adalah haram hukumnya.Sebagaimana firman Allah
yang bermaksud:”Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu
bayangkan(secara sindiran),untuk meminang perempuan(yang kematian suami
dan masih dalam ‘iddah),atau tentang kamu menyimpan dalam hati(keinginan
berkahwindengan mereka).Allah SWT mengetahui bahawa kamu akan
menyebut-nyebut(atau mengingati) mereka,(yang demikian itu tidaklah
salah),akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam
sulit,selain menyebutkan kata-kata(secara sindiran) yang sopan.dan
janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendaklah
melakukan) ‘aqad nikah sebelum habis ‘iddah yang ditetapkan itu.Dan
ketahuilah,sesungguhnya Allah SWT mengetahui apa yang ada di dalam hati
kamu,maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaaNya,dan
ketahuilah,sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun,Lagi Maha
Penyabar”-(Surah Al-Baqarah 2:235)
Biarpun peminangan juga
merupakan salah satu daripada syariat Islam,namun Rasulullah SAW
melarang keras perbuatan melakukan peminangan terhadap wanita yang telah
dipinang oleh orang lain dan hukumnya adalah haram peminangan tersebut
sekiranya pinangan itu telah diterima oleh perempuan.Sebagaimana Hadis
Baginda yang bermaksud: “Dilarang seorang lelaki meminang di atas
pinangan saudaranya,sehinggalah ia berkahwin dengan perempuan lain atau
menunggalkan perempuan yang dipinangnya”
Sabda Baginda dalam
Hadis yang lain yang bermaksud: “Janganlah lelaki meminang atas pinangan
lelaki lain melainkan meminang sebelumnya sudi melepaskannya atau
peminang itu memberi izin kepadanya”- (riwayat Bukhari dan Nasa’i)
Sewaktu
berlangsung proses pertunangan dan selepas selesai peminangan,harus
bagi lelaki atau perempuan membawa atau memberi sesuati hadia atau
bertukar hadiah antara mereka sebagai tanda ikatan perjanjian. Namun
begitu lelaki dan wanita ditegah dan haram mengadakan pergaulan bebas
bersama tunangnya, kerana mereka belum dikira sebagai suami isteri yang
sah.Segala hubungan antara mereka mestilah mengikut syara’ dan mesti
dianggap seperti bukan muhrim.
Konsep peminangan tersebut dapat
membawa ke arah proses janji perkahwinan secara rasmi dan sopan.
Walaupun begitu,pertunangan yang diadakan tersebut dapat diputuskan
serta dapat dibatalkan bila-bila masa sahaja jika antara dua pihak rasa
tidak puas hati atau ada sebab-sebab tertentu yang menghalang pasangan
tersebut untukdikahwinkan. Namun begitu,mereka mestilah menbubarkannya
dengan cara yang sopan dan diantara kedua belah pihak mestilah menerima
hakikat tersebut dengan hati yang terbuka.
No comments:
Post a Comment