PERKONGSIAN INI DIAMBIL DARI http://sediakawin.blogspot.com/
Memilih Bakal Suami
Perempuan juga digalakkan memilih bakal suami
yang baik dan mulia.Yang mana Nabi SAW menggalakkan wanita supaya
memilih lelaki ynag mempunyai ciri-ciri berikut:
1. Beragama
2. Berakhlak mulia
3. Beradab
4. Mempunyai harta dan keturunan mulia.
Walaupun
wanita itu hanya diharuskan melihat kepada bakal suaminya selain antara
pusat dan lutut sahaja.Namun dalam keadaan lain,Islam mengharuskan juga
mereka menyelidiki latar belakang keluarga dan diri bakal suami secara
lebih terperinci melalui wakil dan orang tengah yang adil dan amanah.
Tujuan Pemilihan Calon Isteri atau Suami
Dalam
Islam, hukum melihat bakal suami atau isteri adalah sunat bagi sesiapa
yang berhasrat dan memilihnya dengan tujuan untuk berkahwin. Antara
tujuannya ialah:
1. Supaya rumahtangga yang bakal dibina akan terbentuk secara harmoni dan saling berpuas hati.
2. Lahir perasaan saling kasih mengasihi dan reda meredai antara satu sama lain.
3. Supaya dapat mencari pasangan yang mulia serta dapat melahirkan zuriat dari keluarga yang berketurunan mulia.
Sebelum
seseorang itu melangkah ke alam perkahwinan, Islam telah menggariskan
adab tertentu supaya keluarga yang bakal dibina nanti akan sempurna
serta saling berpuas hati antara pasangan dan mendapat berkat serta
rahmat Allah SWT. Seterusnya zuriat yang lahir juga akan berkembang
dengan jalan yang baik dan suci.
Memilih Jodoh
Islam
mengharuskan lelaki dan wanita mencari dan meneliti bakal isterinya dan
bakal suami masing-masing.Walaupun begitu,ia mestilah melalui syarat
tertentu yang diharuskan oleh syara’.Contohnya lelaki hanya diharuskan
melihat bahagian tapak tangan dan muka perempuan dan perempuan pula
diharuskan melihat bakal suaminya pada bahagian selain antara pusat
dengan lutut sahaja.
Dalam proses perkahwinan, Islam juga
menitikberatkan soal persamaan taraf, iaitu kufu dan pasangan yang
sesuai, mencakupi keagamaan, keturunan, pendidikan, harta, kecantikan
dan lainnya.
Memilih Bakal Isteri
Adalah sunat hukumnya
bagi lelaki yang ingin membuat pinangan supaya melihat terlebih dahulu
bakal wanita yang akan dipinangnya itu. Begitu juga perempuan yang
dipinang sunat juga melihat terlebih dahulu kepada lelaki yang
meminangnya.
Namun begitu, konsep perkahwinan sebenarnya lebih
memberi penekanan kepada lelaki. Kerana menurut praktikal dan teorinya
pun memanglah lelaki yang mencari bakal isteri dan menghantar peminangan
serta melamar wanita untuk dijadikan isteri. Justeru itu, lelaki
mestilah memilih calon isterinya dengan cara beradab dan sopan, iaitu
dengan melalui proses peminangan terlebih dahulu.
Islam memberi
kebebasan kepada mana-mana lelaki untuk memilih bakal isterinya yang
sesuai bagi mereka,disamping itu wanita juga bebas samada untuk menerima
lamaran lelaki atau menolaknya berdasarkan alasan yang diharuskan oleh
syara’, bukan tindakan nafsu dan perasaan.
Untuk membentuk ikatan
perkahwinan yang harmoni dan berkat, seseorang itu disarankan supaya
mengambil kira panduan syara’ dan saranan Nabi khasnya. Dimana bakal
suami digalakkan supaya mengutamakan perempuan yang solehah(beragama)
serta dapat melahirkan zuriat disamping memiliki ciri-ciri keistimewaan
yang lain. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim
yang bermaksud:
“Seseorang wanita itu dikahwini kerana empat
perkara: Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya.
Utamakanlah yang mempunyai agama, nescaya kamu akan selamat”- (Riwayat
Bukhari dan Muslim)
Dalam maksud hadis di atas, Nabi menggalakkan
umatnya supaya mengutamakan pemilihan bakal isteri atas dasar agama,
kerana dengan agama seseorang itu akan selamat dan bahagia dalam erti
kata yang sebenarnya.
Untuk tujuan tersebut,Islam menekankan
pemilihan calon isteri yang beragama.Dimana seseorang lelaki yang
memilih bakal iateri yang solehah dan baik akan mendapat jaminan
kebahagiaan sebenar rumahtangganya.Sebagaimana sebuah hadis Nabi yang
diriwayatkan oleh Muslim dan Nasa’i yang bermaksud:
“Sesungguhnya
dunia ini adalah suatu tempat keseronokan dan sebaik-baik keseronokan
itu ialah wanita yang solehah”-(riwayat Muslim dan Nasa’i)
Justeru itulah pemilihan bakal isteri mestilah mengikut landasan syara’. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan
janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik
sebelum mereka beriman(memeluk agama Islam);dan sesungguhnya seorang
hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir
musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu
(kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki kafir musyrik
sebelum mereka beriman(memeluk agama Islam). Dan sesungguhnya seorang
hamba lelaki yang beriman adalah lebih baik daripada seorang lelaki
kafir musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian
ialah kerana)orang-orang kafir itu mengajak ke neraka, sedang Allah SWT
mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izin-Nya. Dan Allah SWT
menjelaskan ayat-ayat-Nya(keterangan-keterangan hukumnya) kepada umat
manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran(daripadanya)”-(Surah
Al-Baqarah 2:21)
Namun begitu Islam sekali-kali tidak menolak dan
tidak mengenepikan faktor sampingan lain seperti kecantikan, harta,
keturunan dan sebagainya. Namun asas utama yang dikehendaki oleh Islam
ialah agama dan pegangan aqidah seseorang bakal isteri. Sebagai
contohnya, sekiranya seseorang wanita itu tidak mempunyai pegangan
aqidah dan agama yang kukuh, mereka akan mudah terdorong kepada maksiat
dan mengabaikan tanggungjawabnya.
Begitu juga dengan kecantikan
semata-mata boleh boleh membawa kepada kemusnahan rumahtangga dan lagi
pun kecantikan itu tidak akan berkekalan.Sebagaimana sabda Rasulullah
SAW yang bermaksud:
“Janganlah kamu kahwini wanita kerana
kecantikan mereka,kerana kemungkinan kecantikan itu akan menghancurkan
mereka sendiri. Dan janganlah kamu kahwini kerana harta mereka, kerana
mungkin harta itu menyebabkan mereka derhaka. Tetapi kahwinilah mereka
atas dasar agama. Sesungguhnya hamba yang berkulit hitam, tetapi
beragama adalah lebih baik”-(riwayat Ibnu Majah)
Dalam konteks
lain, Nabi Muhammad SAW juga menggalakkan umatnya supaya mengahwini dan
memilih wanita yang memiliki sifat lemah-lembut, penyayang dan dapat
melahirkan anak, sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud:
“Kahwinilah
wanita yang bersifat penyayang dan boleh melahirkan anak, sesungguhnya
aku berbangga dengan bilangan kamu yang ramai”-(riwayat An-Nasa’i)
No comments:
Post a Comment