ONLINE BOUTIQUE Menjual tudung terkini, mengambil tempahan/khidmat sewa tudung pengantin, jahitan lace
Tuesday, 1 April 2014
7 Rahsia perkahwinan dari sudut pandangan Dato' Ismail Kamus
Perkahwinan… Siapa di sini yang tidak mahu kahwin?
Sudah semestinya semua orang ingin berkahwin. Mempunyai seorang isteri atau suami, mempunyai anak-anak yang ramai, dan hidup bahagia bersama keluarga yang dibina.
Di dalam perkahwinan terdapat rahsianya yang tersendiri. Ianya terdiri daripada 7 rahsia utama yang dikongsikan oleh Dato’ Ismail Kamus, seorang perunding motivasi dan penceramah bebas serta seorang pengamal perubatan Islam.
Di sini, kami sampaikan kepada anda 7 rahsia utama dalam perkahwinan:
1. Sunah para nabi dan rasul
dianggap sebagai salah satu daripada sunah para nabi dan rasul. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Demi sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutus beberapa rasul sebelum kamu dan Kami menjadikan untuk mereka isteri-isteri dan keturunan.” (Surah Al-Ra’d: 38)
2. Zuriat keturunan
Kurniaan nikmat Allah kepada hamba-hambaNya agar menerusi perkahwinan akan lahir pula zuriat keturunan yang beriman dan bertakwa yang akan memakmurkan bumi Allah SWT.
3. Suatu ibadah
dianggap sebagai suatu ibadah yang dapat menyempurnakan setengah daripada agama seseorang, dengannya dia dapat bertemu Allah dalam keadaan suci dan diredai. Al-Baihaqi r.a. meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW bermaksud:
“Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi.”
4. Bertanggungjawab
Galakan nikah kahwin meliputi semua lapisan masyarakat termasuk yang miskin. Islam ingin mengikis rasa takut, tidak mampu memikul tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak kerana Allah menjamin rezeki mereka.
Ini diperkuat oleh hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan kerana takut kemiskinan maka ia bukanlah daripada golonganku.”
5. Memelihara maruah
Sebaik-baik jalan untuk memelihara maruah kesopanan diri seseorang ialah melalui perkahwinan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu berumah tangga, hendaklah ia berkahwin, kerana dengan berbuat demikian dapat menundukkan penglihatan dan memelihara kehormatannya. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa, justeru puasa itu dapat mengekang keinginan batiniah (nafsu syahwat).”
6. Menyuburkan perasaan keibubapaan
Dapat menyuburkan perasaan keibubapaan dalam memberi perlindungan, pendidikan dan kesejahteraan kepada anak-anak.
7. Disiplin rumah tangga
Melalui perkahwinan wujud disiplin rumah tangga melalui pengagihan tugas suami isteri, ubu dan bapa yang membawa kepada disiplin dan kesejahteraan keluarga serta
TIPS MEMILIH PELAMIN
PERKONGSIAN INI DIAMBIL DARI http://tipskahwin.com/2008/09/tips-memilih-pelamin.htm
Ramai yang mengimpikan hari persandingan mereka penuh gemilang dan menarik. Antara faktor utama yang menjadi penyeri ketika hari bersanding adalah pelamin. Pelamin merupakan suatu simblik di mana pasangan yang sudah diijabkabulkan dipamerkan kepada khalayak untuk direstu oleh sanak saudara serta kawan rapat. Pelamin yang indah pasti menjadi bualan serta ikutan bagi yang bakal mendirikan mahligai pula.Mari kita lihat faktor penting memilih pelamin yang sesuai;
1. Ruang – pastikan ruang bersanding adalah sesuai dengan saiz pelamin yg dikehendaki. Platform serta hiasan latar perlu sesuai untuk mengelakkan pelamin kelihatan ‘sempit’
2. Hiasan – jika kawasan letak pelamin sempit, elakkan daripada memasukkan elemen2 yang terlalu banyak seperti pahar bunga telur yang banyak, hiasan2 bunga, ini akan menyebabkan pelamin nampak berserabut.
3. Cahaya – sudah tentu faktor ini amat penting kerana di pelaminlah anda dan pasangan akan berposing sakan bersama keluarga untuk gambar kenangan. pastikan kawasan pelamin menerima cahaya yang mencukupi untuk memudahkan kerja photographer, jika tidak dapatkan bantuan pembuat pelamin untuk menambah lampu yang bersesuaian.

Panduan pada hari perkahwinan
PERKONGSIAN INI DIAMBIL DARI Tips persiapan majlis perkahwinan
Setelah segala persiapan majlis perkahwinan selesai, kini tibalah hari majlis perkahwinan anda. Pada hari inilah segala yang dirancang sebelumnya perlu dilaksanakan dan dipastikan berjalan lancar. Sudah semestinya anda sebagai pengantin tidak perlu melakukan semua tugas dan kerja, sebaliknya agih-agihkan kepada petugas-petugas yang telah anda lantik sebelum ini. Letakkan kepercayaan kepada mereka dalam mengendalikan majlis perkahwinan anda. Anda hanya perlu bertenang dan banyakkan memberi senyuman. Sepanjang majlis perkahwinan, anda mungkin akan melalui perkara-perkara yang berikut:

Di awal hari majlis perkahwinan
Sila bangun awal pagi. Hari ini adalah hari penting anda. Tunaikan solat dan mandi sunat supaya badan anda segar. Wangikan badan dengan aroma yang sesuai. Ini akan membantu 'mood' dan perasaan anda untuk menghadapi hari istimewa ini. Jangan abaikan sarapan pagi, bimbang nanti anda tidak selesa kerana perut memulas kelaparan. Periksa baju pengantin dan aksesori yang akan dipakai nanti, pastikan semua tersedia dan dalam keadaan baik. Bersolek dan tukar pakaian anda. Jika ada kesempatan, boleh bergambar secara solo atau dengan pasangan anda. Boleh juga jika ada saudara-mara yang ingin mencelah.

Semasa majlis akad pernikahan
Duduk dalam keadaan tenang dan selesa. Banyakkan berdoa dalam hati agar majlis berjalan lancar. Biasanya majlis akad pernikahan akan dimulakan dengan bacaan khutbah nikah oleh kadi. Dengar dengan teliti, jangan sampai tertidur! Untuk pengantin lelaki, usai akad nikah, bersalam-salaman dulu dengan kadi dan orang-orang di sekeliling anda sebelum menunaikan solat sunat syukur. Kemudian, berjumpa dengan pasangan untuk upacara membatalkan air sembahyang. Sarungkan cincin dan serahkan mas kahwin. Pengantin lelaki mungkin akan dipaksa mencium dahi pasangan, jadi pastikan anda boleh melakukannya dengan baik. Kemudian, bersalam-salamanlah dengan semua orang sebelum berarak ke tempat majlis perkahwinan.

Semasa majlis perkahwinan
Pastikan anda mengikuti segala acara yang telah dirancangkan. Layan tetamu yang datang dengan baik. Pastikan anda dan pasangan mengekalkan wajah yang berseri-seri sepanjang majlis walaupun kepenatan. Jangan hanya duduk di atas pelamin. Sebaliknya, turun dan beramah-mesra dengan tetamu. Ucapkan terima kasih atas kesudian menghadiri majlis perkahwinan anda. Bergaullah dengan seramai mungkin tetamu, jangan hanya menumpukan kepada rakan terdekat sahaja. Jika ada permintaan, jangan malu-malu untuk mengambil gambar bersama-sama tetamu.

Di akhir hari majlis perkahwinan
Majlis perkahwinan anda selesai juga akhirnya. Kini, anda bersama-sama dengan pasangan anda. Tunjukkan kasih sayang anda padanya, ambil berat akan semua keperluannya. Temani suami atau isteri anda untuk bergaul dan beramah-mesra dengan ahli keluarga anda. Pakailah pakaian yang sesuai. Gembirakan semua orang yang telah membantu untuk majlis perkahwinan anda. Apabila tiba waktu yang sesuai, ajaklah pasangan masuk ke bilik dan nikmati malam pertama anda sebaik-baiknya.

KOLEKSI 8 SHAWL RADHIA EKSKLUSIF
Kali ni Izati Scarf ada keluarkan SHAWL RADHIA EKSKLUSIF
Shawl ni sesuai utk dipakai di mana2 majlis sekalipun tidak kira akad nikah, kahwin, kenduri, dinner atau sebagainya.. sangat cantik dan menarik...
Di sini, zati paparkan beberapa warna yang telah dibuat...jika ada sesiapa yang nak menempah utk warna lain, boleh hubungi zati jugak tau...harganya murah dan sangat berbalo baloi sangat!! Hanya RM100 trmasuk pos dah tu..
Boleh kontak/whatsapp zati 0129455945... atau Izati Scarf
Gambar lace dan manik yang masih belum siap
assalamualaikum...
dah lama dah zati x update gambar jahitan dari Izati Scarf
Meh la zati nak share ckit gambar jahitan lace dan manik...tapi yang masih dalam proses dan belum siap..saje nak share
okeyyss,pada time ni, kalo rasa berminat utk menempah jahit lace dan manik, boleh contact zati ye... buka fb Izati Scarf atau Izati Scarf n Busana atau Jahit lace dan manik
Boleh juga call/sms/whatsapp zati 0129455945

TIPS PERBELANJAAN PERKAHWINAN
PERKONGSIAN INI DIAMBIL DARI http://sediakawin.blogspot.com/
Tips Kewangan: Perbelanjaan Perkahwinan
Sudahkah
anda menetapkan belanjawan untuk belanja perkahwinan anda? Jika belum
mungkin senarai di bawah dapat membantu anda menghitung berapakah
anggaran yang perlu disediakan untuk melangsungkan majlis perkahwinan
anda.
Bil
|
Perkara
|
Rendah
|
Pertengahan
|
Tinggi
|
1
|
Wang hantaran
|
(RM5,000)
|
(RM8,000)
|
(RM15K)
|
2
|
Barang hantaran
|
(RM 500)
|
(RM1,000)
|
(RM 5K)
|
3
|
Kad jemputan
|
(RM 50)
|
(RM 500)
|
(RM 2K)
|
4
|
Katering/gtg royg
|
(RM4,000)
|
(RM7,000)
|
(RM12K)
|
5
|
Kemah/kanopi
|
(RM 200)
|
(RM 500)
|
(RM 2K)
|
6
|
Pelamin
|
(RM 200)
|
(RM 500)
|
(RM 2K)
|
7
|
Baju pengantin
|
(RM 300)
|
(RM 600)
|
(RM 2K)
|
8
|
Mak andam
|
(RM 250)
|
(RM 500)
|
(RM 1K)
|
9
|
Jurugambar
|
-
|
(RM 500)
|
(RM 2K)
|
10
|
Hiasan bilik pengantin
|
(RM 250)
|
(RM 500)
|
(RM 2K)
|
11
|
Bunga telur
|
(RM 300)
|
(RM 500)
|
(RM 2K)
|
12
|
Kompang
|
-
|
(RM 200)
|
(RM 1K)
|
13
|
Sistem audio
|
(RM 100)
|
(RM 300)
|
(RM 1K)
|
14
|
DJ
|
-
|
(RM 200)
|
(RM 1K)
|
|
JUMLAH
|
(RM11000)
|
(RM 20,800)
|
(RM 50K)
|
Mungkin jika dicongak, anda akan membelanjakan belasan ribu ringgit atau mungkin melebihi 20
ribu ringgit. Adakah anda telah bersedia untuk perbelanjaan sebanyak
itu? Pandai-pandai la anda mengatur kewangan anda mengikut kemampuan
anda.
MEMAHAMI PERKAHWINAN
PERKONGSIAN INI DIAMBIL DARI http://sediakawin.blogspot.com/
Definisi
Perkahwinan menurut bahasa ialah berkumpul atau himpun. Perkahwinan menurut istilah Fiqh pula ialah suatu ikatan yang berlaku melalui akad yang menggunakan perkataan kahwin antara
pasangan lelaki dan pasangan perempuan bagi mengharuskan pergaulan
diantara mereka dan menghalalkan persetubuhan yang diharamkan diantara
mereka sebelumnya.
Dalam konteks lain, akad perkahwinan juga ialah suatu proses ikatan yang kukuh diantara lelaki dengan perempuan yang sah kahwin melalui akad perkahwinan untuk hidup bersama dan membolehkan perkara yang tidak halal sebelumnya diantara mereka. Akad perkahwinan juga
ialah ikatan perjanjian antara pasangan suami isteri untuk memikul
tanggungjawab dalam institusi keluarga dengan mempunyai beberapa rukun
dan syarat tertentu.
Rukun Nikah
Perkahwinan mempunyai rukun tertentu iaitu:
1. Lelaki bakal suami
2. Perempuan bakal isteri
3. Wali
4. Dua orang saksi
5. Ijab dan qabul
Pengantin
Pengantin ialah pasangan lelaki dan wanita yang ingin melangsungkan akad perkahwinan. Antara syarat bagi pengantin lelaki dan perempuan yang ingin melangsungkan perkahwinan ialah:
Syarat pengantin lelaki
Syarat pengantin lelaki adalah seperti berikut:
1. Pengantin lelaki yang ingin melangsungkan perkahwinan mestilah tidak di dalam mengerjakan ihram.
2. Perkahwinan diadakan dengan pilihannya sendiri.
3. Bukan muhrim kepada pengantin perempuan.
4. Lelaki yang belum mempunyai 4 orang isteri.
5. Mengetahui bakal wali dan isteri.
6. Jelas sebagai seorang lelaki.
Syarat Pengantin Perempuan
Antara syarat bakal pengantin perempuan ialah:
1. Pengantin perempuan tidak di dalam mengerjakan ihram.
2. Bukan isteri pada mana-mana lelaki.
3. Tidak dalam penantian ‘iddah.
4. Beragama Islam atau Ahli Kitab yang asli.
5. Perkahwinan adalah dengan kerelaan sendiri bagi gadis masih dara.
6. Jelas dan pasti sebagai seorang wanita.
7. Pengantin perempuan sudah ditentukan.
Wali
Wali ialah ahli keluaga lelaki yang hampir dengan pengantin perempuan.Wali adalah amat penting dalam satu akad perkahwinan, tanpa wali, perkahwinan itu tidak sah. Islam mensyatiatkan wali dalam akad perkahwinan kerana perempuan adalah golongan lemah dan mesti ada pengawasan oleh mereka yang bertanggungjawab terhadapnya.
Secara umumnya wali dapat dibahagikan kepada 2 jenis:
1. Wali mujbir. Iaitu bapa atau datuk daripada sebelah bapa hingga ke atas kepada seseorang gadis.
2. Wali bukan mujbir. Iaitu wali-wali selain daripada bapa dan datuk atau semua wali bagi janda.
Wali mujbir boleh mengahwinkan anak
perempuannya yang masih dara, baik yang sudah cukup umur atau belum
cukup umur tapa perlu meminta izin gadis tersebut. Walaupun begitu, perkahwinan yang dilangsungkan itu mestilah juga dengan syarat tertentu, iaitu:
1. Tidak ada permusuhan antara wali mujbir dengan gadis.
2. Gadis dengan lelaki yang akan dinikahinya juga tidak ada permusuhan.
3. Lelaki yang akan dinikahkan dengan perempuan itu ada kufu.
4. Pengantin lelaki sanggup membayar mas kahwin kepada gadis yang akan dikahwin.
Walau bagaimanapun bagi seorang gadis, wali mujbir adalah
disunatkan supaya meminta izin dan persetujuan daripada gadis terlebih
dahulu. Antara tanda yang menunjukkan gadis telah bersetuju sudah
memadai dengan diam atau dia tersenyum. Sekiranya wali tersebut bukan
wali mujbir, wali mestilah meminta izin terlebih dahulu daripada gadis.
Mana-mana perempuan yang sudah berkahwin atau janda, walinya samada mujbir atau bukan mujbir mestilah meminta izin daripadanya terlebih dahulu. Tanda keizinan seorang janda mestilah dengan kata-kata dan persetujuannya.
MEMILIH BAKAL SUAMI ATAU BAKAL ISTERI
PERKONGSIAN INI DIAMBIL DARI http://sediakawin.blogspot.com/
Memilih Bakal Suami
Perempuan juga digalakkan memilih bakal suami yang baik dan mulia.Yang mana Nabi SAW menggalakkan wanita supaya memilih lelaki ynag mempunyai ciri-ciri berikut:
1. Beragama
2. Berakhlak mulia
3. Beradab
4. Mempunyai harta dan keturunan mulia.
Walaupun wanita itu hanya diharuskan melihat kepada bakal suaminya selain antara pusat dan lutut sahaja.Namun dalam keadaan lain,Islam mengharuskan juga mereka menyelidiki latar belakang keluarga dan diri bakal suami secara lebih terperinci melalui wakil dan orang tengah yang adil dan amanah.
Tujuan Pemilihan Calon Isteri atau Suami
Dalam Islam, hukum melihat bakal suami atau isteri adalah sunat bagi sesiapa yang berhasrat dan memilihnya dengan tujuan untuk berkahwin. Antara tujuannya ialah:
1. Supaya rumahtangga yang bakal dibina akan terbentuk secara harmoni dan saling berpuas hati.
2. Lahir perasaan saling kasih mengasihi dan reda meredai antara satu sama lain.
3. Supaya dapat mencari pasangan yang mulia serta dapat melahirkan zuriat dari keluarga yang berketurunan mulia.
Sebelum seseorang itu melangkah ke alam perkahwinan, Islam telah menggariskan adab tertentu supaya keluarga yang bakal dibina nanti akan sempurna serta saling berpuas hati antara pasangan dan mendapat berkat serta rahmat Allah SWT. Seterusnya zuriat yang lahir juga akan berkembang dengan jalan yang baik dan suci.
Memilih Jodoh
Islam mengharuskan lelaki dan wanita mencari dan meneliti bakal isterinya dan bakal suami masing-masing.Walaupun begitu,ia mestilah melalui syarat tertentu yang diharuskan oleh syara’.Contohnya lelaki hanya diharuskan melihat bahagian tapak tangan dan muka perempuan dan perempuan pula diharuskan melihat bakal suaminya pada bahagian selain antara pusat dengan lutut sahaja.
Dalam proses perkahwinan, Islam juga menitikberatkan soal persamaan taraf, iaitu kufu dan pasangan yang sesuai, mencakupi keagamaan, keturunan, pendidikan, harta, kecantikan dan lainnya.
Memilih Bakal Isteri
Adalah sunat hukumnya bagi lelaki yang ingin membuat pinangan supaya melihat terlebih dahulu bakal wanita yang akan dipinangnya itu. Begitu juga perempuan yang dipinang sunat juga melihat terlebih dahulu kepada lelaki yang meminangnya.
Namun begitu, konsep perkahwinan sebenarnya lebih memberi penekanan kepada lelaki. Kerana menurut praktikal dan teorinya pun memanglah lelaki yang mencari bakal isteri dan menghantar peminangan serta melamar wanita untuk dijadikan isteri. Justeru itu, lelaki mestilah memilih calon isterinya dengan cara beradab dan sopan, iaitu dengan melalui proses peminangan terlebih dahulu.
Islam memberi kebebasan kepada mana-mana lelaki untuk memilih bakal isterinya yang sesuai bagi mereka,disamping itu wanita juga bebas samada untuk menerima lamaran lelaki atau menolaknya berdasarkan alasan yang diharuskan oleh syara’, bukan tindakan nafsu dan perasaan.
Untuk membentuk ikatan perkahwinan yang harmoni dan berkat, seseorang itu disarankan supaya mengambil kira panduan syara’ dan saranan Nabi khasnya. Dimana bakal suami digalakkan supaya mengutamakan perempuan yang solehah(beragama) serta dapat melahirkan zuriat disamping memiliki ciri-ciri keistimewaan yang lain. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
“Seseorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara: Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Utamakanlah yang mempunyai agama, nescaya kamu akan selamat”- (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam maksud hadis di atas, Nabi menggalakkan umatnya supaya mengutamakan pemilihan bakal isteri atas dasar agama, kerana dengan agama seseorang itu akan selamat dan bahagia dalam erti kata yang sebenarnya.
Untuk tujuan tersebut,Islam menekankan pemilihan calon isteri yang beragama.Dimana seseorang lelaki yang memilih bakal iateri yang solehah dan baik akan mendapat jaminan kebahagiaan sebenar rumahtangganya.Sebagaimana sebuah hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Muslim dan Nasa’i yang bermaksud:
“Sesungguhnya dunia ini adalah suatu tempat keseronokan dan sebaik-baik keseronokan itu ialah wanita yang solehah”-(riwayat Muslim dan Nasa’i)
Justeru itulah pemilihan bakal isteri mestilah mengikut landasan syara’. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman(memeluk agama Islam);dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman(memeluk agama Islam). Dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman adalah lebih baik daripada seorang lelaki kafir musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana)orang-orang kafir itu mengajak ke neraka, sedang Allah SWT mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izin-Nya. Dan Allah SWT menjelaskan ayat-ayat-Nya(keterangan-keterangan hukumnya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran(daripadanya)”-(Surah Al-Baqarah 2:21)
Namun begitu Islam sekali-kali tidak menolak dan tidak mengenepikan faktor sampingan lain seperti kecantikan, harta, keturunan dan sebagainya. Namun asas utama yang dikehendaki oleh Islam ialah agama dan pegangan aqidah seseorang bakal isteri. Sebagai contohnya, sekiranya seseorang wanita itu tidak mempunyai pegangan aqidah dan agama yang kukuh, mereka akan mudah terdorong kepada maksiat dan mengabaikan tanggungjawabnya.
Begitu juga dengan kecantikan semata-mata boleh boleh membawa kepada kemusnahan rumahtangga dan lagi pun kecantikan itu tidak akan berkekalan.Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikan mereka,kerana kemungkinan kecantikan itu akan menghancurkan mereka sendiri. Dan janganlah kamu kahwini kerana harta mereka, kerana mungkin harta itu menyebabkan mereka derhaka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Sesungguhnya hamba yang berkulit hitam, tetapi beragama adalah lebih baik”-(riwayat Ibnu Majah)
Dalam konteks lain, Nabi Muhammad SAW juga menggalakkan umatnya supaya mengahwini dan memilih wanita yang memiliki sifat lemah-lembut, penyayang dan dapat melahirkan anak, sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud:
“Kahwinilah wanita yang bersifat penyayang dan boleh melahirkan anak, sesungguhnya aku berbangga dengan bilangan kamu yang ramai”-(riwayat An-Nasa’i)

MEMINANG
PERKONGSIAN INI DIAMBIL DARI http://sediakawin.blogspot.com/
Meminang ialah lamaran seorang lelaki terhadap seorang perempuan untuk dijadikan isterinya.Dalam erti kata lain,meminang ialah suatu proses untuk menyatakan keinginan daripada seorang lelaki kepada seorang wanita yang boleh dikahwini dengan tujuan untuk mengahwininya serta suatu ikatan atau perjanjian untuk dilangsungkan perkahwinan.
Walaupun peminangan itu tidak wajib atau bukannya suatu akadperkahwinan yang sah,namun perkara tersebut perlu diambil berat untuk menjaga hubungan harmoni antara pasangan,keluarga dan hubungan kedua-dua belah pihak.Dalam menyatakan peminangan terhadap wanita yang boleh dikahwini dapat dilakukan dalam beberapa bentuk,iaitu:
1. Peminangan boleh dilakukan secara terus-terang atau melalui sindiran dan kiasan terhadap mana-mana wanita yang masih dara.
2. Pinangan yang dibuat terhadap janda yang masih dalam ‘iddah boleh dilakukan dengan cara sindiran sahaja.Sesiapa yang menyatakan pinangan terhadap janda yang belum habis ‘iddah secara terus-terang atau dengan membuat temujanji bersama adalah haram hukumnya.Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:”Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan(secara sindiran),untuk meminang perempuan(yang kematian suami dan masih dalam ‘iddah),atau tentang kamu menyimpan dalam hati(keinginan berkahwindengan mereka).Allah SWT mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut(atau mengingati) mereka,(yang demikian itu tidaklah salah),akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit,selain menyebutkan kata-kata(secara sindiran) yang sopan.dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendaklah melakukan) ‘aqad nikah sebelum habis ‘iddah yang ditetapkan itu.Dan ketahuilah,sesungguhnya Allah SWT mengetahui apa yang ada di dalam hati kamu,maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaaNya,dan ketahuilah,sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun,Lagi Maha Penyabar”-(Surah Al-Baqarah 2:235)
Biarpun peminangan juga merupakan salah satu daripada syariat Islam,namun Rasulullah SAW melarang keras perbuatan melakukan peminangan terhadap wanita yang telah dipinang oleh orang lain dan hukumnya adalah haram peminangan tersebut sekiranya pinangan itu telah diterima oleh perempuan.Sebagaimana Hadis Baginda yang bermaksud: “Dilarang seorang lelaki meminang di atas pinangan saudaranya,sehinggalah ia berkahwin dengan perempuan lain atau menunggalkan perempuan yang dipinangnya”
Sabda Baginda dalam Hadis yang lain yang bermaksud: “Janganlah lelaki meminang atas pinangan lelaki lain melainkan meminang sebelumnya sudi melepaskannya atau peminang itu memberi izin kepadanya”- (riwayat Bukhari dan Nasa’i)
Sewaktu berlangsung proses pertunangan dan selepas selesai peminangan,harus bagi lelaki atau perempuan membawa atau memberi sesuati hadia atau bertukar hadiah antara mereka sebagai tanda ikatan perjanjian. Namun begitu lelaki dan wanita ditegah dan haram mengadakan pergaulan bebas bersama tunangnya, kerana mereka belum dikira sebagai suami isteri yang sah.Segala hubungan antara mereka mestilah mengikut syara’ dan mesti dianggap seperti bukan muhrim.
Konsep peminangan tersebut dapat membawa ke arah proses janji perkahwinan secara rasmi dan sopan. Walaupun begitu,pertunangan yang diadakan tersebut dapat diputuskan serta dapat dibatalkan bila-bila masa sahaja jika antara dua pihak rasa tidak puas hati atau ada sebab-sebab tertentu yang menghalang pasangan tersebut untukdikahwinkan. Namun begitu,mereka mestilah menbubarkannya dengan cara yang sopan dan diantara kedua belah pihak mestilah menerima hakikat tersebut dengan hati yang terbuka.

MAS KAHWIN
PERKONGSIAN INI DIAMBIL DARI http://sediakawin.blogspot.com/
Setiap akad perkahwinan mestilah mempunyai maskahwin dalam bentuk benda yang bernilai walaupun kecil atau faedah dan manfaat yang diberikan oleh suami kepada isterinya kerana akad perakahwinan.Sebagaimana sabda Baginda riwayat Bukhari,Muslim dan Abu daud yang bermaksud;
“Carilah maskahwin walaupun berupa bentuk cincin besi”-(riwayat Al-Bukhari,Muslim dan Abu Daud)
Suami wajib membayar mahar kepada isterinya sebanyak yang disebutkan dalam akad perkahwinan jika ia maharmusamma.Seandainya pula tidak disebut dalam akad perkahwinan ia wajib dibayar mengikut mahar mithil.Antara konsep Islam mewajibkan suami membayar maskahwin kepada isterinya sebagai penghargaan kepada isteri dan memenuhi tanggungjawab ketetapan daripada Aallah SWT.Sebagaimana firaman Allah yang bermaksud:
“Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib.Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya”-(Surah An-Nisa’)
Sekiranya berlaku penceraian diantara pasangan suami isteri sebelum berlakunya persetubuhan,suami wajib membayar maskahwinseparuh kepada isterinya.Manakala perceraian yang berlaku selepas diadakan persetubuhan suami mestilah membayar semuamaskahwin.Seterusnya lagi,jika suami atau isteri meninggal dunia selepas akad perkahwinan walaupun tidak sempat melakukan persetubuhan maka maskahwin wajib dibayar semuanya.
Justeru itu apa sahaja boleh dijadikan maskahwin, asalkan berfaedah dan bernilai, antara syarat benda yang dijadikan maskahwin ialah:
1. Mestilah dari benda yang suci atau benda yang dapat disucikan.Di mana tidak sah maskahwin daripada benda suci yang tidak dapat disucikan,seperti madu lebah yang terkena najis.
2. Ada faedah atau pekerjaan berfaedah,seperti mengajar ilmu agama atau al-Quran.
3. Ia adalah milik suami.
4. Mampu diserahkan kepada isteri bila-bila masa sahaja.
5. Diketahui sifat dan jumlahnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)